Masih guna VCD untuk tengok movie/video?
Ditulis oleh Gcloud gcloud pada 2 July 2009 – 4:19 am -
Bila sebut VCD atau Video Compact Disc tentu ramai yang tahu iaitu sekeping CD yang mengandungi data video. VCD adalah format video yang amat popular di Asia sebelum munculnya DVD (digital Versatile Dics atau Digital Video Disc).
Persoalannya sekarang adakah anda masih menggunakan VCD untuk menonton movie atau merakamkan video peribadi anda ke VCD ? Bagi saya VCD telah lama saya tinggalkan semenjak saya membeli DVD player dan DVD writer hampir 7 tahun yang lalu. Semua video peribadi memang telah lama saya jadikan DVD video kecuali sekiranya ada orang meminta saya jadikan VCD. Dan sememangnya saya tak suka VCD sejak diperkenalkan dinegara ini.
Baru-baru ni ada sahabat meminta saya buat VCD dari video cam beliau. Jadi saya tanya kepada beliau kenapa tak buat DVD? Dan satu lagi ada tak DVD player kat rumah. Jawapan dia memang dia guna DVD player tapi tak pernah beli dvd. Dia selalu beli vcd kat pasar malam. Jadi dia nak minta saya buat VCD. Laa dalam hati saya kenapa tak beli dvd kalau dah player boleh main DVD lagi pun DVD cetak rompak kat masar malam pun dah sama dengan harga vcd. Kemudian dia tanya pada saya apa bezanya VCD dengan DVD. Jadi saya jawablah:
1. Quality jauh lebih baik dari VCD. Gambar sharp kuality sound lebih baik dari VCD. Cuba kita lihat mengapa DVD jauh lebih baik dari VCD. Resolution DVD pada 720×576 sedangkan VCD lebih kurang separuh dari dvd iaitu 352×288. Bitrate untuk dvd antara 2000kbps hingga 9000kbps sedangkan VCD tetap pada 1150 kbps.
2.Sekeping DVD5 boleh memuatkan video pada quality yang baik selama dua jam. Jadi tak perlu tukar disc sepertri mana VCD.
3. DVD support widescreen VCD tak support widescreen. cthnya macam dibawah:

Jika kita tengok image di atas bahagian hitam atas dan dibawah (letterbox), jika di dalam VCD bahagian hitam tersebut ada termasuk di dalam video. Cuba bayangkan resolution VCD hanya 352 x 288, dari 288 ini bahagian hitam ini termasuk dalam resolution 288. Jadi resolution video sebenarnya kurang dari 288. Tapi untuk dvd resolution adalah 720×576 . Untuk widescreen dvd kalau dimainkan di TV biasa tetap terdapat letterbox tetapi resolution tetap sama cuma dvd player yang menghasilkan letterbox untuk dipaparkan di tv biasa. Jika kita menggunakan widescreen TV kita boleh setkan ke full screen. Jadi resolution akan disetkan ke 1024 x 576 dan gambar still sharp.

DVD sesuai untuk widescreen jadi fikirkan untuk masa depan. AKebanyakkan dari kita mula menukar tv biasa ke LCD/Plasma TV. Kebanyakkan TV lcd/plasma mempaparkan sekurang-kurang 720 vertical resolution. Jadi bila kita memainkan dvd di LCD tv gambar masih sharpdan kebanykkan TV sekarang mempunyai satu technology untuk upsample DVD ke hampir dengan highdef video. Jadi dvd masih cantik jika ditonton di LCD TV. Kalau VCD resolutionnya memang dah rendah jika upsample sekali pun dia tidak akan cantik pertama resolution rendah kedua bitrate yang rendah. Jadi kalau vcd dimainkan di LCD TV video menjadi blur dan petak-petak jelas kelihatan.
4. VCD tak support interlace sedangkan DVD support interlace. Ini sangat penting kalau kita rakam dari video camera atau rancangan live dari TV. Interlace diperlukan untuk create smooth motion atau real-like motion. Itu sebab kalau kita bandingkan satu sumber yang interlace cth dari videocam/TV, kalau VCD kita boleh lihat ghosting terutama pada scene yang bergerak. Jadi apa yang kita lihat di kamera tidak sama jika di dalam VCD. Oleh kerana DVD support interlace apa yang kita lihat di videocam atau di TV akan sama jika di jadikan DVD. Ini pengalaman saya bila ada orang mintak saya tolong buat VCD dari video cam. Mamat ni komplain kenapa quality tak sama macam apa yang ada di dalam kamera. Saya jelaskan kepada beliau ini adalah sifat VCD itu sendiri.. Tapi dia tak percaya ..so saya cakap pada dia ok..suruh orang lain buat..apa yang menarik orang lain pun hasil dia sama. Then dia datang balik minta saya buat DVD…nah..sekarang baru dia puas hati…apa yang dia lihat di kamera sama seperti di dalam DVD.
Banyak orang keliru dengan perkataan interlace (i) dan progressive (p). Apa yang selalu diperkatakan P cth 576P / 720P atau 1080P adalah terbaik. Ya betul tapi bergantung pada keadaan …cth apa yang dishoot, jika rancangan live atau pun drama cthnya adalah lebih baik interlace atau (i).. melainkan kalau sumber tersebut dari movie yang sememangnya progressive. atau framerate di doublekan semasa shoot cth dari 25 fps kepada 50 frps.
Berbalik dengan DVD ..sekeping dvd disk dah terlalu murah sekarang dan dvd-writer pun dah murah so kenapa masih guna cd biasa untuk buat VCD. Komputer yang ada dipasaran sekarang lebih dari cukup untuk encode video ke DVD. Jadi kenapa masih buat VCD. Mungkin ada ramai yang cakap tak semua orang ada DVD player..betul..tapi kita kena ingat video tersebut untuk kita sendiri yang tonton dan untuk simpanan kita masa depan. Saya pasti ramai yang akan menyesal jika membuat VCD pada hari ini. Ini kerana VCD akan obsolete dalam lima tahun akan datang seperti mana pita VHS. Ini tidak termasuk teknologi Blu-Ray yang lebih baik. Tapi bagi saya DVD masih digunakan walaupun blu-ray memasukki pasaran. Ini kerana DVD yang dimainkan di Bluray player dan lcd TV masih cantik.
Teringat bila ada orang kata quality gambar VCD sama dengan quality pita VHS…saya jawab TOTALLY WRONG. bagi saya pita VHS much better dari VCD dari segi quality gambar. Sesiapa yang cakap VCD lebih baik saya pasti dia tak tahu apa yang dia cakap dan mungkin tak pernah tengok quality VHS…Itu sebab bagi saya yang dah lama guna VHS, masa kedatangan VCD saya terus terang cakap VCD is backward teknology… of course vcd lebih kecil dari VHS tapi quality tak sama. Itu sebab saya memang tak suka VCD sejak dari dulu..tapi saya gembira sebab DVD telah memberi peluang pada saya untuk simpan atau rakam video ke disc seperti yang saya harapkan…Mungkin sekiranya blu-ray menjadi murah saya akan beralih kepada blu-ray.. But buat masa ini DVD is the best to store video

| dipost di dalam katogeri » 


