Bahasa Inggeris untuk Sains dan Matematik

Ditulis oleh Gcloud gcloud pada 5 January 2009 – 10:34 pm -

Banyak pandangan yang kita dengar mengenai penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik. Ada yang setuju dan ada yang menentang dengan keras. Malah ada juga menjadikan perkara ini isu politik.  Jadi di sini saya ingin menyatakan pandangan peribadi saya yang mana ia tidak dipengaruhi oleh sesiapa malahan apa yang saya ingin sampaikan adalah berdasarkan pengalaman saya.

Bagi saya isu ini sebenarnya tidak perlu diperbesarkan kerana ia tak akan menguntung mana-mana pihak malahan ia akan mendatangkan masalah kepada anak-anak yang masih bersekolah. Ini kerana tidak ada kestabilan dalam dasar dan sistem pembelajaran.

Kalau ditanya kepada saya apakah saya setuju mengenai pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Terus terang saya katakan Ya…saya setuju. Sebenarnya idea menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik telah dicetuskan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Dr. Mahathir. Terus terang saya katakan banyak perkara saya tidak bersetuju dengan Dr Mahathir tetapi dalam perkara ini saya memang setuju. Sebabnya ia mendatangkan kebaikan kepada pelajar terutamanya pelajar berbangsa Melayu.

Saya bersekolah di Kuala Kangsar. Kuala Kangsar bukanlah merupakan bandar besar. Tetapi saya bernasib baik kerana di Kuala Kangsar terdapat sebuah sekolah yang memang terkenal dengan penekanan bahasa Inggeris. Walaupun pada zaman saya bersekolah semua mata pelajaran diajar dalam bahasa Melayu (kecuali pelajaran bahasa Inggeris), tetapi pihak sekolah menggalakan menggunakan bahasa Inggeris digunakan di dalam perbualan di di antara rakan dan guru-guru. Malahan sekolah saya ini memperkenalkan satu sistem pembelajaran yang di panggil “Learn A Word A Day”. Setiap hari satu perkataan dalam bahasa inggeris akan diperkenalkan di samping makna dan contoh penggunaan perkataan tersebut.. Bagi saya tak ada masalah malahan saya telah belajar banyak belajar perkataan baru setiap hari. Saya masih teringat pesanan Pengetua sekolah saya iaitu Hj Azidin Bin Mahmud yang mana beliau sangat-sangat mengalakkan pelajar sekolah saya menggunakan bahasa Inggeris. Beliau berkata jika orang Melayu ingin bersaing dengan bangsa lain salah satu perkara yang mesti di ambil perhatian adalah menguasi bahasa Inggeris.

Sebenarnya penekanan terhadap Bahasa Inggeris telah dimulakan oleh bapa saya sendiri sebelum saya menjejaki ke alam persekolahan. Bapa saya selalu menggunakan perkataan Inggeris yang  mudah jika bercakap dengan saya. Walaupun pada masa itu saya kurang faham atau langsung tidak faham tetapi lama-kelaman saya beransur faham apa yang diperkatakan oleh bapa saya.

Bapa saya mendapat pelajaran dalam Bahasa Inggeris sejak di bangku sekolah lagi. Pada masa itu terdapat dua jenis persekolahan iaitu Malay Medium dan English Medium. Di Kuala Kangsar sekolah yang mengamalkan bahasa Inggeris adalah Sekolah Menengah Clifford Kuala Kangsar ,  Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Government English Girls School (sekarang Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom). Sekolah yang lain menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Di sekolah bapa saya di ajar di dalam bahasa Inggeris untuk semua mata pelajaran kecuali pelajaran Agama Islam dan bahasa Melayu. Datuk saya Allahyarham Hj Othman hanya belajar di sekolah melayu tetapi beliau tetap ingin menghantar bapa saya ke sekolah aliran Inggeris kerana bagi beliau orang Melayu harus belajar dan fasih berbahasa Inggeris. Kesan dari itu bapa saya fasih berbahasa Inggeris walaupun tidaklah hebat tetapi beliau boleh bercakap, membaca dan menulis dalam bahasa inggeris dengan baik. Oleh sebab itu beliau juga mahukan saya seperti beliau. Pada tahun 1978 saya di dalam darjah satu. Bapa saya terus mendaftarkan saya ke Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar. Tetapi pada masa itu semua sekolah di Malaysia telah diwajibkan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Walaupun bagaimana sekolah tersebut masih menekankan penggunaan bahasa Inggeris untuk keadaan tertentu. Sehinggalah saya bersekolah menengah di sekolah Menengah Clifford Kuala Kangsar yang masih menitik beratkan penguasan bahasa Inggeris.

Selepas tamat persekolahan saya melanjutkan pelajaran di ITM di dalam bidang perakaunan. Di ITM juga semua pelajar di tekankan dengan bahasa Inggeris. Malahan mata pelajaran utama yang berkaitan dengan perakaunan diajar dalam bahasa inggeris begitu juga dengan soalan peperiksaan. Begitu juga dengan segala rujukan termasuk buku dan nota. Bagi saya alhamdullilah saya tidak mengalami masalah besar dalam mengikuti pembelajaran mata pelajaran perakaunan di dalam bahasa inggeris kerana  saya mempunyai asas bahasa inggeris.

Begitu juga di alam pekerjaan. Saya mula-mula bekerja di sebuah hotel di Genting Highlands. Saya bekerja di dalam Accounts Department. Segala urusan kerja di dalam bahasa Inggeris termasuk bab yang melibatkan perakauanan dan urusan dengan pihak pengurusan serta pelanggan. Selepas itu saya memulakan pekerjaan di sebuah syarikat kewangan yang mana segala urusan di buat di dalam bahasa Inggeris. Alhamdullah saya tidak mempunyai masalah yang besar untuk bertutur dan menulis dalam bahasa inggeris. Malahan orang lebih “mendengar” apa yang kita cakapkan jika kita menggunakan bahasa inggeris.

Bukan saya tidak menyanjung bahasa ibunda saya iaitu bahasa Melayu malahan saya mengangkat bahasa Melayu di tempat yang sepatutnya. Sebab itu semasa saya mula-mula merancang mebuat blog ini saya berfikir samada menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Akhir sekali saya mengambil keputusan untuk menggunakan bahasa Melayu. Dalam masa yang sama segala rujukan dan pembelajaran saya masih dalam bahasa inggeris. Apa yang saya dapat di dalam rujukan saya itu saya sampaikan di dalam bahasa Melayu di dalam blog ini.

Kita kena faham kita bukan lagi di zaman Kesultanan Melaka atau di zaman kegemilangan kerajaan Melaka yang mana Bahasa Melayu menjadi Ligua Franca. Kita berada di zaman Bahasa Inggeris yang menjadi Lingua Franca. Bagi saya tak rugi pun kita menguasai satu-satu bahasa tak kira apa bahasa pun. Kita tengok bangsa lain di negara ini. Mereka tahu bahasa ibunda mereka, mereka menguasai bahasa inggeris mereka fasih dan mampu bertutur dalam bahasa melayu. Jadi mereka menguasi sekurang-kurangnya dua bahasa tetapi bagaimana dengan bangsa Melayu adakah cukup dengan bahasa Melayu.

Masalah terutama pelajar kita sekarang ini adalah mereka agak kurang menguasai bahasa Inggeris. Di pusat pengajian tinggi walaupun bahasa pengantar adalah bahasa Melayu tetapi majoriti buku rujukan dalam bahasa inggeris. Jika kita tidak begitu faham apa yang ada di dalam buku tersebut sudah tentu kita tidak mendapat manafaat atau ilmu yang ada di dalamnya kesannya kita tidak dapat menjawab soalan dengan baik. Itu sebab kita selalu bertanya kenapa bangsa lain seperti Cina dan India mereka menjawab soalan dalam bahasa melayu tetapi keputusan mereka lebih baik. Ini kerana mereka faham apa yang ada di dalam buku rujukan yang berbahasa inggeris.

Di bidang pekerjaan jika kita menguasi bahasa inggeris kita lebih mudah ditawarkan pekerjaan terutama untuk syarikat multinasional. Segala temuduga akan dibuat di dalam bahasa inggeris. Jadi kalau kita mahir dalam satu perkara pun tetapi apabila di dalam sessi temuduga kita tercungap-cungap menjawab dalam bahasa inggeris sudah tentu kita tak diterima. Melainkanlah kalau kita memang tak mahu kerja di syarikat swasta dan hanya mahu pekerjaan di sektor awam sahaja. Persoalannya apakah peluang kita di sektor awam yang semakin menguncup.

Kesan dari kesedaran arwah datuk saya telah diturunkan kepada bapa saya kemudian kepada saya, jadi saya juga sangat-sangat menitik beratkan penguasan bahasa inggeris kepada anak-anak saya. Saya bertutur dalam bahasa inggeris dengan anak saya dan isteri saya menggunakan bahasa melayu. Alhamdullilah anak saya mendapat keputusan yang baik dalam pelajaran sekolah walaupun mata pelajaran sains dan matematik di ajar dalam bahasa inggeris.

Mungkin ada di antara kita mendakwa kebanyakkan ibu bapa tidak fasih berbahasa inggeris jadi akan mendatangkan masalah kepada mereka jika anak-anak mereka bertanyakan soalan sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Bagi saya itu dakwaan yang tidak berasas . Datuk saya hanya bersekolah melayu tetapi dia mahukan bapa saya mahir dalam bahasa inggeris dan menghantar kesekolah aliran inggeris..tak ada masalah. Lagi pun sekarang ini terdapat banyak kamus dwi bahasa yang murah,  jadi sebagai ibubapa yang mahukan anak mereka berjaya apa salahnya kita beli kamus untuk buat rujukan jika anak-anak kita bertanya. Soalnya sekarang kita serius atau tidak..kalau hendak seribu daya. Sekiranya kita sebagai ibu bapa tak mampu atau kurang mahir dalam bahasa inggeris,  sekurang-kurang dengan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris dapat membantu anak-anak kita  mempelajari bahasa tersebut , jadi apa yang ruginya. Lagi pun bukan semua mata pelajaran diajar dalam bahasa inggeris…kalau dua mata pelajaran pun kita rasa satu masalah..entahlah tak tahu apa nak cakap lagi.

Akhir sekali saya tetap bangsa melayu dan  bertutur dalam bahasa melayu dalam masa yang sama saya cuba menguasi bahasa inggeris sebaik mungkin.

Check out more!

Wang lesap di akaun bank?

2 January 2009 – 12:30 am

IPOH 31 Dis. - Seorang pekerja kilang kehilangan wang RM7,262 yang disimpan di dalam sebuah bank terkemuka tempatan pada 4 September lalu. Mangsa, K. Hemanathan, 23, berkata, dia hanya menyedari wangnya ...

Selamat menyambut tahun baru 1430 Hijriah dan 2009 Masihi

31 December 2008 – 10:57 pm

Selamat menyambut tahun baru 1430 Hijriah dan 2009 Masihi kepada semua penunjung blog ini. Saya harapkan agar segala perancangan dan azam lalu telah terlaksana.Saya juga berdoa dan berharap, semoga tahun ...

Email: POP3 vs IMAP

23 December 2008 – 12:07 am

Jika anda menggunakan internet tak kira dari  mana-mana internet service provider pasti anda pernah atau terjumpa perkataan pop3.  Apa sebenarnya Pop3 ini. Pop3 ( Post Office Protocol version 3)  adalah  satu ...

Polis guna sistem baru jelaskan imej lelaki misteri dalam CCTV

22 December 2008 – 10:14 pm

KUALA LUMPUR: Polis mendapat harapan baru bagi meleraikan kebuntuan siasatan kes pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin apabila sebuah syarikat tempatan menawarkan teknologi yang dikatakan mampu menjelaskan imej lelaki bermotosikal dalam ...

David Arumugam (Alleycats) Terima Pingat

18 December 2008 – 5:09 pm

Photo oleh :krizz_ii KUALA LUMPUR: Artis veteran, Thiagarajan K R Arumugam, yang lebih dikenali dengan nama David Arumugam, daripada kumpulan Alleycats, adalah antara 285 orang yang menerima darjah dan bintang kebesaran ...

Hosting anda ada masalah?

12 December 2008 – 10:36 am

Anda mungkin ada laman web yang baik, samada dari segi design, content dan sebagainya. Website atau blog anda mendapat hit yang baik. Tetapi masalahnya server selalu down. Bila contact provider ...

Kenapa dah lama tak buat tutorial video editing?

11 December 2008 – 9:51 pm

Begitulah ayat yang saya terima melalui email. Memang betul agak lama jugak saya tak buat tutorial video editing laman web tutorial saya. Sebenarnya ada beberapa sebab. Pertama sebab masa agak kurang ...

Tengok Youtube video di tv

9 December 2008 – 11:36 am

Mungkin kita pernah terfikir macam mana nak tengok video dari youtube di TV.  Di youtube banyak video yang menarik untuk kita tonton . Masalahnya bukan semua ada internet. Katakan di ...

Aidiladha dirayakan tanpa pengorbanan tak beri apa-apa makna

7 December 2008 – 7:55 pm

Pada Aidiladha, umat Islam diperintah dan disunatkan berkorban binatang ternakan sebagai korban untuk disedekahkan dagingnya kepada fakir miskin semata-mata kerana Allah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya pertama amalan ...

Mengenai Saya

Assalamualaikum, Sebenarnya tak ada apa nak saya kata cuma: Selanjutnya...

Mahu melanggan?

 Langgan dalam RSS reader atau, langgan melalui email:
Masukkan Email Anda:  
Cari artikel :